Wednesday, 11 April 2012

Di alam perkahwinan

percakapan di alam perkahwinan


kehidupan pernihkahan merupakan zaman yang paling indah di alam semesta ini. Namun ketika ia keluar dari kehidupan yang sebenar, ia menjadi pekara yabg paling menyusahkan. Salah satu kunci Kebahagiaan dalam kehidupan penikahan adalah dalam percakapan. Saya tidak boleh membayangkan bagaimana kebahagiaan tercipta tanpa percakapan, atau hubungan antara suami dan isteri terjalin tanpa percakapan, atau sesuatu keluarga terbentuk tanpa percakapan.


oleh kerana itu saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang berkaitan dengan tema percakapan pasangan suami isteri..


dalam rencana kali ini, saya nak menjelaskan mengenai tujuan2 percakapan, sehingga hal itu selalu ada didalam bayangan dan fikiran kita sewaktu bercakap. Untuk menjamin tercapainya hal itu, kita harus menyelami prinsip2 percakapan pasangan suami istei, yang di mulai dari keredaan Allah dan berakhir pada bahasa dan cara percakapan.


Dalam menyelami masalah percakapan, kita harus bersama2 mencari setiap langkah yang digunakan untuk memperolehi kejayaan dalam percakapan, segala isi kandungan yang tepat untuk mengharmonikan percakapan, dan jangan melupakan peranan isteri, Sehingga Allah memberikan kita hidayah dalam menempatkan keterangan2 kepada isteri untuk mendapatkan kejayaan dalam percakapan.


Semoga saja penulisan ini bermanfaat kepada setiap dua hati yang saling mencintai dan dimeterai dengan ikatan pernikahan, serta dipanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kebahagiaan dan kegembiraan bagi keduanya. amin.